Tuesday 4 August 2015

KULAIJAYA ANJUR SENAM SIHAT GURU MUDA

GM1M KULAIJAYA ANJUR PELBAGAI PROGRAM

Oleh Cikgu Norazlinda Amin, SMK Munshi Abdullah, Kulaijaya

Kulaijaya: Seramai 240 orang guru seluruh daerah telah menyahut Cabaran Senam Sihat Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) di SJKC Kulai 1 pada 1 Ogos 2015 pagi tadi.
Menurut Mohd Yusof Hussein selaku Ketua Penggerak GM1M Kulaijaya ini adalah program kali pertama bagi tahun ini. Beliau berkata, program ini adalah salah satu usaha untuk menjadikan guru muda di daerah ini aktif dan dapat merapatkan hubungan di antara satu sama lain.

“Program GM1M Kulaijaya tidak terhenti di sini sahaja kerana selepas ini, akan ada lagi program-program yang bakal menyusul seperti kursus perkahwinan, bengkel adobe photoshop, teknik menangkap gambar dan banyak lagi.” Jelasnya lagi.

Turut hadir program tersebut ialah Tuan Haji Ishak Mahbob, Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya.

Peserta bersemangat meniru gerak langkah jurulatih

Friday 31 July 2015

JPN JOHOR LATIH PENULIS BLOG GM1MONLINE

BENGKEL PENULISAN TURUT DIHADIRI 60 GM1M DARI SELURUH NEGERI JOHOR
Oleh Cikgu Julnizam Janisan, SMK Desa Skudai (PPD Johor Bahru)

KULAIJAYA : Seramai 60 guru seluruh negeri telah menghadiri Bengkel Penulisan Blog Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan Bandar Tenggara pada 30 dan 31 Julai 2015 bagi melahirkan lebih ramai penulis di kalangan guru muda yang aktif di blog rasmi GM1Monline.

Pegawai Meja GM1M Johor, Nazarudin Selamat berkata perbengkelan kali pertama yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor itu adalah satu usaha mendidik kumpulan guru muda di negeri ini sebagai penulis blog dan juga media lain seperti facebook dengan berhemah.

"Kita berharap selepas perbengkelan ini, guru muda dari negeri Johor akan menyumbang lebih banyak artikel dan bahan untuk blog GM1Monline bagi menyebar luaskan aktiviti-aktiviti guru muda di negeri ini ke seluruh dunia," jelasnya lagi.

Perbengkelan itu dikendalikan oleh Mantan Ketua GM1M Kebangsaaan, Cikgu Alias Sogok dan Ketua Unit Maklumat JPNJ, Mohamad Khairul Nizam Abu Hassan.

Dalam sesi perbengkelan itu, Cikgu Ali Asyraf Mohamed dari SMK Tasek Utara, Johor Bahru telah dilantik sebagai Ketua Editor Negeri sambil dibantu oleh Cikgu Mohamad Rahziz Lokman (SMK Bandar Putra, Segamat) dan Cikgu Norilfairuz Abdullah (SMK Sri Tanjung, Pontian) sebagai Penolong Ketua Editor.  

Ketua Editor GM1Monline Johor, Cikgu Ali Asyraf Mohamed sedang menyunting 
bahan berita untuk dimasukkan ke dalam laman sesawang rasmi GM1M 
sambil diperhatikan oleh Mohd Hafizan Ismail dari SMK Convent Muar.

Thursday 4 June 2015

GM1M Johor bersama dalam Program Gelombang Merah Jambu


GM1M Johor bersama dalam Program Gelombang Merah Jambu. GM1M Johor diberi kepercayaan untuk mengendalikan satu acara dalam Program Gelombang Merah Jambu yang dijalankan pada 22 dan 23 Mei yang lepas bertempat di Dataran Bandaraya, Johor Bahru. Pertandingan 'Zapin Battle' menyaksikan penyertaan guru-guru muda dari daerah seluruh negeri Johor. Pertembungan DUA pasukan zapin di atas satu pentas dalam satu masa mempersembahkan aksi jual beli zapin. Meriah!!!

Klik untuk melihat lebih banyak foto

Friday 15 May 2015

Senamrobik Ceria Menyihatkan


Senamrobik Ceria Menyihatkan mengambil tempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar jam 7.00 pagi tadi. Semua yang terlibat kelihatan bersemangat dan ceria dalam program yang dijalankan. Hidup sihat!

Klik untuk melihat lebih banyak foto

KPPM bersama GM1M


KPPM bersama GM1M. Y.Bhg. Dato' Sri Dr. Khair bin Mohamad Yunos meluangkan masa bersama-sama dengan GM1M selepas pelancaran semalam.

Klik untuk melihat lebih banyak foto

Booth GM1M di serbu


Booth GM1M di serbu. Terima kasih Kedah. Terima kasih atas sokongan anda. Jom. #SayaSayangCikguSaya #HariGuruKebangsaan2015 #GM1M

Klik untuk melihat lebih banyak foto

Friday 8 May 2015

Cadangan penambahbaikan VLE-Frog

Cadangan penambahbaikan VLE-Frog


Salam 1Malaysia,

KPM sedang mendapatkan pandangan dan cadangan guru-guru yang pernah menggunakan VLE-Frog berkaitan penambahbaikan yang difikirkan sesuai supaya VLE-Frog mudah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasrat KPM ialah mewujudkan VLE-Frog yang diminati semua guru dan murid. KPM berharap tuan dan puan akan berbesar hati untuk memberi maklum balas dan pandangan seikhlas yang mungkin demi kebaikan bersama.

Tuan puan dimohon untuk menyatakan nama, dan sekolah masing-masing. Tuan puan juga dijemput untuk mengulas isu/ruang penambahbaikan yang telah dikemukakan oleh rakan-rakan lain. Kerjasama tuan puan semua untuk mengelakkan daripada menggunakan bahasa yang kurang menyenangkan ke atas isu/ruang penambahbaikan yang telah dinyatakan oleh rakan-rakan lain.

Sekian terima kasih

Sila layari pautan berikut untuk berkongsi pandangan anda : https://goo.gl/CG6WUO