Friday, 18 March 2016

Hub FrogAsia rangsang pemikiran dan galak pembelajaran kolaboratif

Hub FrogAsia rangsang pemikiran dan galak pembelajaran kolaboratif

Hub FrogAsia rangsang pemikiran dan galak pembelajaran kolaboratif. Ingin meningkatkan prestasi dan memupuk pemikiran kritikal di kalangan pelajar? Ketahui caranya melalui bengkel CHEnDOL (Critical Thinking, HOTS (Higher Order Thinking Skills), Engagement and Discussion through Online Learning)

Di bengkel ini, para guru akan mempelajari cara-cara mempraktikkan KBAT dalam pembelajaran menggunakan bahan P&P dalam talian bagi merangsang pemikiran dan menggalakkan pembelajaran kolaboratif dengan bantuan tiga widget (Embed Website, External Link, dan Forum).

Hub FrogAsia adalah lokasi perjumpaan yang ditetapkan di sekolah atau institusi kerajaan untuk guru berkumpul dan bekerjasama dalam usaha meningkatkan hasil pengajaran dan pembelajaran menggunakan Frog VLE. Hub diwujudkan di setiap negeri di seluruh Malaysia. Oleh kerana komuniti ini sedang berkembang pesat, jumlah Hub akan sentiasa bertambah.

Apa yang berlaku di Hub?

  • Sesi Latihan - Dikendalikan oleh guru yang mahir dengan penggunaan Frog VLE, sesi latihan diadakan secara berpusat dan memberi tunjuk ajar lebih dekat bagaimana penggunaan VLE dapat membantu Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas.
  • Perbincangan secara bersemuka - Berbincang, berbual dan dapatkan bantuan secara terus dari rakan-rakan guru dan Perunding Implementasi Frog hanya di Frog Hub. Anda boleh mendapatkan bimbingan hands-on, sesi perbincangan dan mempelajari tip-tip dari mereka yang pakar dalam VLE!
  • Komuniti Guru - Frog Hub adalah tempat yang sangat sesuai untuk guru-guru berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat, berkongsi tip mengajar di dalam kelas dan mengeratkan tali silaturahim!

Siapakah Guru Advokasi?
Terdapat sebahagian guru yang tidak hanya mendidik murid, tetapi bertindak lebih daripada itu. Mereka berusaha untuk memberi inspirasi kepada guru-guru lain juga.
Jika anda berminat untuk menggunakan teknologi dalam pendidikan dan ingin berkongsi, memberi inspirasi dan memperkasakan guru-guru lain, jom sertai program Guru Advokasi! Sebagai Guru Advokasi, anda akan membantu para pendidik di negeri anda mengasah kemahiran penggunaan teknologi dalam pendidikan dengan lebih yang berkesan.

Jom ketahui lebih lanjut dengan melayari : http://frogasia.com/hubs/

Monday, 25 January 2016

Guru Muda 1Malaysia Penggerak Pembelajaran Tanpa Sempadan menerusi Siaran Selamat Pagi Malaysia RTM1

Guru Muda 1Malaysia Penggerak Pembelajaran Tanpa Sempadan menerusi Siaran Selamat Pagi Malaysia RTM1


Siaran Selamat Pagi Malaysia (RTM1) membincangkan topik bertajuk "Guru Muda 1Malaysia Penggerak Pembelajaran Tanpa Sempadan" bersama tetamu :

1) Tuan Haji Zaidi bin Yazid
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

2) En. Rahmat Solihin bin Mokhtar
SK Pulau Indah,Selangor




Sunday, 24 January 2016

Guru Muda 1Malaysia Penggerak Pembelajaran Tanpa Sempadan menerusi Siaran Nasi Lemak Kopi O TV9

Guru Muda 1Malaysia Penggerak Pembelajaran Tanpa Sempadan menerusi Siaran Nasi Lemak Kopi O TV9


Siaran Nasi Lemak Kopi O (TV9) membincangkan topik bertajuk "Guru Muda 1Malaysia Penggerak Pembelajaran Tanpa Sempadan" bersama tetamu :

1) En. Teoh Boon Hai
Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

2) Cik Elia binti Mohtar
SK Kepong Baru, Kuala Lumpur




Saturday, 23 January 2016

Guru Muda 1Malaysia Penggerak Pembelajaran Tanpa Sempadan


Guru Muda 1Malaysia Penggerak Pembelajaran Tanpa Sempadan. Saksikan siaran Nasi Lemak Kopi O (TV9) dan Selamat Pagi Malaysia (RTM1) yang akan membincangkan topik bertajuk "Guru Muda 1Malaysia Penggerak Pembelajaran Tanpa Sempadan" bersama panel jemputan Tuan Haji Zaidi bin Yazid, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jadual siaran adalah seperti ketetapan berikut:

Program
Tarikh
Masa
Panel Jemputan
Nasi Lemak Kopi O (TV9)
24 Januari 2016 (Ahad)
8.00 pagi
1) Tuan Haji Zaidi bin Yazid
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

2) Cik Elia binti Mohtar
SK Kepong Baru, Kuala Lumpur
Selamat Pagi Malaysia (RTM1)
25 Januari 2016 (Isnin)
8.00 pagi
1) Tuan Haji Zaidi bin Yazid
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

2) En. Rahmat Solihin bin Mokhtar
SK Pulau Indah,Selangor

Tuesday, 4 August 2015

KULAIJAYA ANJUR SENAM SIHAT GURU MUDA

GM1M KULAIJAYA ANJUR PELBAGAI PROGRAM

Oleh Cikgu Norazlinda Amin, SMK Munshi Abdullah, Kulaijaya

Kulaijaya: Seramai 240 orang guru seluruh daerah telah menyahut Cabaran Senam Sihat Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) di SJKC Kulai 1 pada 1 Ogos 2015 pagi tadi.
Menurut Mohd Yusof Hussein selaku Ketua Penggerak GM1M Kulaijaya ini adalah program kali pertama bagi tahun ini. Beliau berkata, program ini adalah salah satu usaha untuk menjadikan guru muda di daerah ini aktif dan dapat merapatkan hubungan di antara satu sama lain.

“Program GM1M Kulaijaya tidak terhenti di sini sahaja kerana selepas ini, akan ada lagi program-program yang bakal menyusul seperti kursus perkahwinan, bengkel adobe photoshop, teknik menangkap gambar dan banyak lagi.” Jelasnya lagi.

Turut hadir program tersebut ialah Tuan Haji Ishak Mahbob, Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya.

Peserta bersemangat meniru gerak langkah jurulatih

Friday, 31 July 2015

JPN JOHOR LATIH PENULIS BLOG GM1MONLINE

BENGKEL PENULISAN TURUT DIHADIRI 60 GM1M DARI SELURUH NEGERI JOHOR
Oleh Cikgu Julnizam Janisan, SMK Desa Skudai (PPD Johor Bahru)

KULAIJAYA : Seramai 60 guru seluruh negeri telah menghadiri Bengkel Penulisan Blog Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan Bandar Tenggara pada 30 dan 31 Julai 2015 bagi melahirkan lebih ramai penulis di kalangan guru muda yang aktif di blog rasmi GM1Monline.

Pegawai Meja GM1M Johor, Nazarudin Selamat berkata perbengkelan kali pertama yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor itu adalah satu usaha mendidik kumpulan guru muda di negeri ini sebagai penulis blog dan juga media lain seperti facebook dengan berhemah.

"Kita berharap selepas perbengkelan ini, guru muda dari negeri Johor akan menyumbang lebih banyak artikel dan bahan untuk blog GM1Monline bagi menyebar luaskan aktiviti-aktiviti guru muda di negeri ini ke seluruh dunia," jelasnya lagi.

Perbengkelan itu dikendalikan oleh Mantan Ketua GM1M Kebangsaaan, Cikgu Alias Sogok dan Ketua Unit Maklumat JPNJ, Mohamad Khairul Nizam Abu Hassan.

Dalam sesi perbengkelan itu, Cikgu Ali Asyraf Mohamed dari SMK Tasek Utara, Johor Bahru telah dilantik sebagai Ketua Editor Negeri sambil dibantu oleh Cikgu Mohamad Rahziz Lokman (SMK Bandar Putra, Segamat) dan Cikgu Norilfairuz Abdullah (SMK Sri Tanjung, Pontian) sebagai Penolong Ketua Editor.  

Ketua Editor GM1Monline Johor, Cikgu Ali Asyraf Mohamed sedang menyunting 
bahan berita untuk dimasukkan ke dalam laman sesawang rasmi GM1M 
sambil diperhatikan oleh Mohd Hafizan Ismail dari SMK Convent Muar.

Thursday, 4 June 2015

GM1M Johor bersama dalam Program Gelombang Merah Jambu


GM1M Johor bersama dalam Program Gelombang Merah Jambu. GM1M Johor diberi kepercayaan untuk mengendalikan satu acara dalam Program Gelombang Merah Jambu yang dijalankan pada 22 dan 23 Mei yang lepas bertempat di Dataran Bandaraya, Johor Bahru. Pertandingan 'Zapin Battle' menyaksikan penyertaan guru-guru muda dari daerah seluruh negeri Johor. Pertembungan DUA pasukan zapin di atas satu pentas dalam satu masa mempersembahkan aksi jual beli zapin. Meriah!!!

Klik untuk melihat lebih banyak foto

Friday, 15 May 2015

Senamrobik Ceria Menyihatkan


Senamrobik Ceria Menyihatkan mengambil tempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar jam 7.00 pagi tadi. Semua yang terlibat kelihatan bersemangat dan ceria dalam program yang dijalankan. Hidup sihat!

Klik untuk melihat lebih banyak foto

KPPM bersama GM1M


KPPM bersama GM1M. Y.Bhg. Dato' Sri Dr. Khair bin Mohamad Yunos meluangkan masa bersama-sama dengan GM1M selepas pelancaran semalam.

Klik untuk melihat lebih banyak foto

Booth GM1M di serbu


Booth GM1M di serbu. Terima kasih Kedah. Terima kasih atas sokongan anda. Jom. #SayaSayangCikguSaya #HariGuruKebangsaan2015 #GM1M

Klik untuk melihat lebih banyak foto