Friday, 18 March 2016

Hub FrogAsia rangsang pemikiran dan galak pembelajaran kolaboratif

Hub FrogAsia rangsang pemikiran dan galak pembelajaran kolaboratif

Hub FrogAsia rangsang pemikiran dan galak pembelajaran kolaboratif. Ingin meningkatkan prestasi dan memupuk pemikiran kritikal di kalangan pelajar? Ketahui caranya melalui bengkel CHEnDOL (Critical Thinking, HOTS (Higher Order Thinking Skills), Engagement and Discussion through Online Learning)

Di bengkel ini, para guru akan mempelajari cara-cara mempraktikkan KBAT dalam pembelajaran menggunakan bahan P&P dalam talian bagi merangsang pemikiran dan menggalakkan pembelajaran kolaboratif dengan bantuan tiga widget (Embed Website, External Link, dan Forum).

Hub FrogAsia adalah lokasi perjumpaan yang ditetapkan di sekolah atau institusi kerajaan untuk guru berkumpul dan bekerjasama dalam usaha meningkatkan hasil pengajaran dan pembelajaran menggunakan Frog VLE. Hub diwujudkan di setiap negeri di seluruh Malaysia. Oleh kerana komuniti ini sedang berkembang pesat, jumlah Hub akan sentiasa bertambah.

Apa yang berlaku di Hub?

  • Sesi Latihan - Dikendalikan oleh guru yang mahir dengan penggunaan Frog VLE, sesi latihan diadakan secara berpusat dan memberi tunjuk ajar lebih dekat bagaimana penggunaan VLE dapat membantu Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas.
  • Perbincangan secara bersemuka - Berbincang, berbual dan dapatkan bantuan secara terus dari rakan-rakan guru dan Perunding Implementasi Frog hanya di Frog Hub. Anda boleh mendapatkan bimbingan hands-on, sesi perbincangan dan mempelajari tip-tip dari mereka yang pakar dalam VLE!
  • Komuniti Guru - Frog Hub adalah tempat yang sangat sesuai untuk guru-guru berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat, berkongsi tip mengajar di dalam kelas dan mengeratkan tali silaturahim!

Siapakah Guru Advokasi?
Terdapat sebahagian guru yang tidak hanya mendidik murid, tetapi bertindak lebih daripada itu. Mereka berusaha untuk memberi inspirasi kepada guru-guru lain juga.
Jika anda berminat untuk menggunakan teknologi dalam pendidikan dan ingin berkongsi, memberi inspirasi dan memperkasakan guru-guru lain, jom sertai program Guru Advokasi! Sebagai Guru Advokasi, anda akan membantu para pendidik di negeri anda mengasah kemahiran penggunaan teknologi dalam pendidikan dengan lebih yang berkesan.

Jom ketahui lebih lanjut dengan melayari : http://frogasia.com/hubs/

No comments:

Post a Comment