TAN SRI ABD GHAFAR TURUT SAMA MENANAM POKOK SERIKAN SEKOLAH
Oleh Cikgu Husmira - Ketua Penggerak GM1M Kelantan yang hadir bersama rombongan KPPM
LIKAS, SABAH : SMK Likas hari ini menerima kunjungan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud dan rombongan Ketua Penggerak Guru Muda 1 Malaysia dari seluruh negara.
Kunjungan bersejarah itu diserikan dengan Program Sekolah Indah SMK Likas di mana Tan Sri Abd Ghafar menanam anak pokok sebagai tanda kenang-kenangan sempena kunjungan beliau ke sekolah tersebut.
Selepas itu, KPPM dan rombongan mengadakan sesi taklimat mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) kepada kumpulan guru muda dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di bilik mesyuarat sekolah tersebut.
TAN SRI ABD GHAFAR MENYIRAM ANAK POKOK YANG DITANAM
DI SMK LIKAS SEMPENA PROGRAM SEKOLAH INDAH SEKOLAH TERSEBUT.
Dalam taklimatnya, Tan Sri Abd Ghafar menjelaskan mengenai kepentingan PPPM dalam peningkatan kualiti pendidikan di negara kita.Jelasnya, PPPM juga dilaksanakan bertujuan meningkatkan profesionalisme pendidikan negara ke arah menuju negara maju.
"Guru muda juga harus menerapkan sikap penyayang khususnya dalam melayani kerenah murid dan dalam masa yang sama kita membimbing mereka menjadi seorang yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah diri," katanya lagi.
Menurutnya lagi, guru muda disaran menerapkan penggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. KPM juga mengharapkan guru-guru dapat berkongsi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dengan menerbitkannya dalam bentuk video dan dimuat turun ke dalam E-Guru agar dijadikan rujukan bersama di seluruh negara.
KPPM meminta guru muda bersama KPM untuk memacu PPPM ke arah
kecemerlangan pendidikan negara.
Guru muda dari Sabah, Labuan dan wakil negeri dari seluruh negara
hadir mendengar taklimat dari KPPM, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud di SMK Likas.
No comments:
Post a Comment