Friday 25 January 2013

APA KEUTAMAAN DALAM TRANSFORMASI PENDIDIKAN?

Oleh Cikgu Mohd Ridhwan Haji Othman - SK Mohd Khir Johari, Johor Bahru

KETUA Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed
menjelaskan di dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) bahawa keutamaan dalam transformasi pendidikan ini adalah memastikan wujud keselarasan antara penggubalan dasar dan pelaksanaan program pendidikan merentas rantaian nilai pendidikan.
Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed 

Katanya lagi, keutamaan kedua ialah meningkatkan produktiviti sumber dengan memperkukuh hubungan antara pencapaian hasil yang diinginkan dengan kecekapan pengagihan sumber serta kecekapan pelaksanaan dan penilaian program dan projek yang bersesuaian.

Tambahnya, melalui kepimpinan, bimbingan, dan sokongan daripada pihak Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah berperanan besar ke arah menyumbang kepada pencapaian aspirasi tersebut.

Jelasnya lagi, keperluan untuk memenuhi peranan penting ini menuntut satu bentuk transformasi kepada struktur organisasi dan operasi Kementerian yang bersifat responsif, telus dan berfokuskan keberhasilan. 

# GM1MOnline menyokong pelaksanaan PPPM 2013-2025 dan sentiasa mewar-warkan isi kandungan pelan pembangunan pendidikan itu untuk pengetahuan bersama.

No comments:

Post a Comment