Kajian menunjukkan pada keseluruhannya Malaysia telah
mencapai kejayaan dalam tempoh 50 tahun melalui peluasan akses kepada
pendidikan dan peningkatan standard terutama dari segi literasi dalam kalangan kumpulan
dewasa dan pelibatan murid di sekolah. Walau bagaimanapun, apabila dilihat
dengan lebih mendalam, gambarannya lebih kompleks.
Perbezaan prestasi dan keupayaan di seluruh negeri,
daerah dan sekolah wujud pada hari ini. Walaupun terdapat kelompok-kelompok
sekolah dan daerah yang cemerlang di seluruh negara, namun masih wujud jurang prestasi
yang perlu ditangani.
# Petikan dari Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
No comments:
Post a Comment