25 Januari 2013 : 6.00 pm
SELANGOR : Ketua Penggerak GM1M Selangor, Cikgu Rahmat Sholihin Mokhtar hari ini cukup penat kerana melayan pelbagai tugasan raptai sambil memastikan Kiosk GM1M disiapkan sesempurna mungkin untuk menyambut kehadiran 5,000 guru muda esok.

Rahmat (berbaju kuning) bersama rakan penggerak
sedang merangka pelan kiosk GM1M.
PASANG... Kiosk GM1M sedang dihias sebaiknya kerana ia bakal
menjadi tempat pertama dikunjungi pelawat yang hadir
ke Himpunan Guru Muda 1 Malaysia Zon Tengah esok.
Selain memastikan kiosk sendiri siap, kehadiran Rahmat juga amat penting bagi acara raptai di pentas utama. Pada majlis sebenar nanti difahamkan beliau akan duduk sebaris di pentas bersama Timbalan Perdana Menteri dan tetamu kehormat yang lain.
Rahmat ketika ditemui GM1M Online memberitahu, pihaknya sangat bangga kerana Selangor menjadi pilihan untuk Himpunan Guru Muda kali ini. Kami juga mengalu-alukan kehadiran rakan guru muda dari negeri Perak (Selatan), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya esok yang turut sama meraikan himpunan di Zon Tengah ini.
No comments:
Post a Comment