Monday, 21 January 2013

KEBERKESANAN TEKNOLOGI DAN APLIKASI DALAM P & P (RENCANA)


Oleh Cikgu Husmira Hussin - SMK Machang, Kelantan

Kemajuan teknologi pada masa kini amat pantas bergerak. Syarikat-syarikat besar pembangunan aplikasi dan teknologi seperti Apple, Samsung, Microsoft, Window dan sebagainya berlumba-lumba mengeluarkan produk yang di luar sangkaan pengguna tentang kehebatan teknologi ini di mana ia mesra pengguna dan mempunyai banyak manfaat.  

Antaranya seperti Ipad, tablet, smart phone dan sebagainya telah menggantikan penggunaan komputer yang agak besar dan berat untuk dibawa bersama kemana-mana. Kini kanak-kanak seusia 3 tahun sudah dapat menguasai kehebatan teknologi ini. Jika hendak dibandingkan kemahiran dan tahap kreativiti pelajar pada awal tahun 2000 amat jauh perbezaannya. 

Keperluan teknologi masa kini telah menjadi suatu keperluan asas kepada pengguna begitu juga kanak-kanak. Ianya dapat memberangsangkan kebolehan pelbagai pemikiran mereka secara interaktif. Kini, masyarakat telah sedar bahawa keperluan ini amat penting untuk perkembangan kognitif anak-anak mereka selain menghantar  ke pusat-pusat tuisyen dan sekolah.

Idea Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang di bawa oleh Tan Sri Dato' Muhyiddin Mohd Yassin selaku Menteri Pelajaran Malaysia amat bersesuai pada masa kini untuk mengangkatkan lagi tahap kemajuan pendidikan sedia ada bagi melahirkan generasi masa depan yang mempunyai daya fikiran tinggi bertaraf dunia seiring dengan kemajuan teknologi masa akan datang.

Oleh yang demikian bagi peringkat permulaan masa kini, guru-guru seharusnya perlu mengaplikasikan penggunaan teknologi ini dengan lebih berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh penggunaan Ipad, Smart Phone dan Tablet dapat dimanfaatkan dalam pengajaran di dalam kelas sebagai alat yang praktikal  dan dapat menggantikan papan hijau yang agak mengganggu masa interaksi bersama pelajar.

Teknologi ini dapat digunakan sepenuhnya dengan menggunakan aplikasi khas seperti Kamus, Quick Office (word/excel/power point), YouTube (Video  tayangan) dan sebagainya. Alat seperti Ipad, Iphone, Galaxy Tab, Galaxy Note dan tablet  dapat menggunakan capaian terus internet melalui kad sim (data Internet) atau wifi yang memudahkan guru-guru untuk mencapai maklumat secara terus dan cepat untuk menunjukkan contoh gambarajah, video dan sebagainya kepada para pelajar.

Alat ini juga dapat disambungkan kepada projektor atau televisyen untuk tatapan para pelajar di dalam kelas secara langsung. Penggunaan teknologi ini memberi suatu daya tarikan kepada pelajar disamping dapat menjimatkan banyak masa untuk menulis dipapan hijau dan menunjukkan contoh-contoh gambar rajah atau sebarang contoh yang terhad di dalam buku teks dengan mencapai di dalam Google, Yahoo atau sebarang capaian maklumat jaringan internet.

Jika perlaksanaan ini dapat dilakukan maka tiada yang mustahil untuk kita melahirkan pelajar yang berkualiti dalam masa terdekat juga secara tidak langsung sistem pendidikan yang lebih berkesan telah tercapai.

# HUSMIRA HUSSIN ialah Ketua Penggerak GM1M Kelantan

4 comments:

  1. contoh Penggunaan alat ini di dalam kelas http://www.youtube.com/user/cikguROMIE

    ReplyDelete
  2. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.appsbar.LKjMobile193851&feature=search_result#?t=W251bGwsMSwxLDEsImNvbS5hcHBzYmFyLkxLak1vYmlsZTE5Mzg1MSJd

    aplikasi android percuma pertama untuk pelajar sekolah menengah di Malaysia

    ReplyDelete
  3. cikgu husmira...macam mana kita nak aplikasikan teknologi dalam pendidikan. Kalau buku rekodnya WAJIB diTULIS. ;)

    ReplyDelete
  4. Kesedaran perubahan teknologi semasa memerlukan perubahan berperingkat dalam tempoh masa tertentu. Sememangnya telah dinyatakan dalam pekeliling bahawa dibolehkan membuat RPH dengan menggunakan sebarang teknolgi semasa.Rasional itu subjektif dan mempunyai pro dan kontra. Namun saya percaya setiap arahan itu telah dikaji sedalam-dalamnya mungkin untuk mendapatkan laporan yang lebih telus dan holistik untuk kebaikan bersama serta bebas dari unsur plagiat. Itu pandangan dari saya yang daif dan masih meneroka.. ;) Husmira

    ReplyDelete