Oleh Cikgu Ab Manaf Ariffin - SMK Tun Haji Abdul Malek
MELAKA : Penggerak GM1M Melaka mengambil inisiatif
menyambut kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke
Jamuan Rakyat 1 Malaysia Bersama Pemimpin di SMK Tun Haji Abdul Malek dengan memasang
kain rentang besar Guru Muda 1 Malaysia sebagai mengalu-alukan kedatangan pemimpin
kedua negara itu ke Melaka pada 21 Januari lalu.
Ketua Penggerak GM1M Melaka, Cikgu Siti Kertini Abdul Hamid
berkata idea memasang kain rentang itu diilhamkan oleh rakan penggerak GM1M, Cikgu
Ab Manaf Ariffin. Usaha ini adalah satu langkah
awal di Melaka untuk memperkenalkan Program Guru Muda 1 Malaysia yang
dicetuskan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri.
Penggerak GM1M Melaka bergambar di atas kain rentang besar
menyambut kedatangan Timbalan Perdana Menteri ke Melaka.
“Dengan adanya program GM1M ini, semua guru muda di negara ini
diharap dapat bersatu dan mengukuhkan perpaduan yang baik seperti hari ini. Kami di Melaka
juga akan sentiasa menegakkan dasar negara dengan satu pemikiran, satu hala
tuju dan satu hati,” kata Siti Kartini lagi.
“GM1M merupakan satu medium kepada semua warga pendidik muda
untuk mendapatkan maklumat serta berkomunikasi secara matang di dalam suasana
profesionalisme perguruan. Kepada rakan-rakan pendidik kita perlu mengubah cara
pemikiran ke arah ‘high order thinking’ untuk merealisasikan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) secara bersama,” tambahnya.
Siti Kartini menambah, program GM1M ini juga dapat mewujudkan
semangat nasionalisme di kalangan guru muda. Perasaan sayangkan negara perlu
dititik beratkan agar nilai-nilai murni dapat dipupuk sejak dari awal lagi.
“Semua penggerak dan guru muda di Melaka berharap program ini akan dapat
menyatukan kami semua di seluruh negara demi mendokong hasrat Tan Sri Muhyiddin
Yassin serta mencapai sasaran yang diharapkan, khususnya melibatkan peranan guru muda dalam Transformasi
Pendidikan Negara. Kami mahu imej guru dipandang tinggi dan profesion ini
disanjung tinggi oleh masyarakat,” jelasnya lagi.
Negeri Melaka telah melantik 10 Pengggerak Utama GM1M yang
dipimpin oleh Siti Kartini dari SMK Sungai Udang. Sembilan lagi penggerak ialah
Cikgu Yusnima Yusof (SMK Durian Tunggal), Cikgu Shahril Omar (SR Arab Jaim Jelatang), Cikgu Ruslan Hassan (SMK Jasin),
Cikgu Mohamed Aidil Fitri Mardi (SMK Seri Tanjong), Cikgu Salina Ali (SK
Peringgit), Cikgu Asmah Sinin (SR Arab Jaim Batang Tiga Timur), Cikgu Luqman Hakim Jamin (SMK Munshi
Abdullah), Cikgu Hamza Nuruddin Ismail (SMK Paya Rumput) dan Cikgu Ab Manaf Ariffin
(SMK Tun Haji Abdul Malek).
No comments:
Post a Comment