DATUK SERI
NOH OMAR MINTA GURU BERSYUKUR DENGAN USAHA KERAJAAN
LAPORAN LANGSUNG HIMPUNAN GURU MUDA 1 MALAYSIA ZON TENGAH
DARI SMK SUNGAI BESAR, SABAK BERNAM
26 Januari 2013, 12.38 Pm
SELANGOR
: Menteri Pertanian Dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengucapkan terima
kasih kepada Kerajaan Pusat yang banyak memberi ruang kepada Guru Muda 1
Malaysia dan menjaga kebajikan golongan guru sekarang berbanding masa dahulu.
"Saya
juga melihat guru muda hari ini lebih kreatif berbanding zaman semasa saya
menjadi guru dalam tahun 80-an," katanya lagi.
Datuk Seri
Noh menambah, perkembangan yang positif ini ditambah lagi dengan keprihatinan
kerajaan sekarang yang sangat menjaga kebajikan guru sama ada dari kenaikan
pangkat, penyelarasan gaji yang lebih baik serta menyediakan prasarana
pendidikan yang terbaik.
Oleh yang demikian, saya menyeru semua guru muda khususnya di Selangor ini agar mengambil peluang-peluang yang diberikan oleh kerajaan pusat yang sentiasa menjaga kebajikan guru ke arah melonjakkan lagi tarif pendidikan kita di mata dunia.
No comments:
Post a Comment