Tuesday, 22 January 2013

SK PULAU INDAH LAHIR JAGUH MARATON

ATLIT MUDA SKPI CATAT KEJAYAAN HEBAT AWAL TAHUN INI
Oleh Cikgu Rahmat Sholihin Mokhtar - SK Pulau Indah, Pelabuhan Klang

SELANGOR : Atlit merentas desa SK Pulau Indah (SKPI) Mohd Al-Azza Khairi, 12, berjaya mencatat keputusan membanggakan dalam Kategori Terbuka 5 km Larian Morib di Banting 30  Disember 2012 dengan menduduki tempat ketiga dari 700 peserta yang menyertainya dari seluruh negara.

Guru Penolong Kanan Kokurikulumnya, Cikgu Kamal Tukiman berkata pencapaian anak buahnya itu adalah hasil usaha gigih guru dan pelajar yang melakukan latihan intensif sejak tiga bulan yang lalu serta galakan dari pihak pengurusan sekolah yang menjadikan acara merentas desa sebagai fokus pada tahun ini.

Atlit SKPI yang berjaya mencatat kejayaan cemerlang 
dalam acara terbuka Larian Morib, 30 Disember lalu.

Katanya lagi, selain dari kejayaan seorang atlit kita dalam acara 5km itu, atlit lain yang dihantar juga tidak mengecewakan apabila menduduki 10 tempat terbaik.

"Selain Larian Morib, SKPI juga mencatat kejayaan menggalakkan apabila dua atlit perempuan menggapai kejayaan di tangga ke 7 dan 8 pada Kejohanan Merentas Desa Terbuka Kuala Lumpur anjuran Persatuan Olahraga Amatur Kuala Lumpur di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur, 20 Januari lalu," jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, larian itu disertai 2,000 peserta dan 12 atlit SKPI yang dihantar berjaya membuktikan kehebatan dengan menduduki 30 tempat terbaik dan memenangi medal pertandingan. 

"Kejayaan ini cukup membanggakan pihak sekolah. Kita berharap suatu hari nanti akan lahir jaguh marathon atau larian jarak sederhana negara dari sekolah ini," katanya lagi kepada GM1M Online.

Selain Mohd Al-Azza, SKPI memiliki dua lagi pelari berbakat antaranya Nurul Fatihah  Kamaruzzaman dan Nur Athira Ismail.

Menurutnya lagi, kita berharap rata-rata atlit berusia 10 hingga 12 tahun yang kita bentuk ini akan meningkatkan lagi prestasi mereka sekaligus mencatat kejayaan cemerlang pada Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Klang, Februari depan.


12 atlit SKPI dominasi 30 tempat terbaik pada 
Kejohanan Merentas Desa Terbuka Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment