Tuesday 22 January 2013

SMKTDS SELESAI AGIH BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN

SEMUA 1701 PELAJAR TERIMA RM100 TIAP SEORANG 
Oleh Cikgu Julnizam Janisan - SMK Taman Desa Skudai, Johor Bahru

JOHOR : Bantuan Khas Awal Persekolahan di SMK Taman Desa Skudai (SMKTDS) telah selasai diagihkan kepada 1,701 pelajar sekolah berkenaan. 

Menurut Pengetuanya Hajjah Fouziah Abu Hamid, satu majlis penyerahan bantuan tersebut telah diadakan di Makmal Bahasa SMKTDS dan dirasmikan oleh Adun Nusajaya, Datuk Abd Aziz Sapian, baru-baru ini.

TERIMA KASIH... pelajar SMKTDS gembira menerima 
bantuan yang diagihkan oleh kerajaan.

Katanya, pihak sekolah memulakan agihan pada 15 Januari dan berakhir seminggu kemudian melibatkan wang bantuan sebanyak RM170,100 tunai. 

"Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang memberi inisiatif ini kepada pelajar bagi mengurangkan beban ibu bapa dan penjaga," katanya lagi.

Sementara itu seorang bapa yang ditemui, Lokman Majid berkata bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan banyak membantu golongan yang kurang berada dan berharap ia diteruskan lagi tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment